Cant find it?Try Searching the entire web with:

Google

Thursday, March 29, 2007

Galeri Usahawan Terulung Malaysia

GALERI USAHAWAN TERULUNG MALAYSIA, memaparkan kisah-kisah hidup dan perjalanan mereka untuk bergelar jutawan. Galeri ini wujud atas sebab untuk memberi semangat kepada kita semua untuk lebih berjaya di dalam Dunia Perniagaan Jutawan. Saya akan sentiasa mengemaskini Galeri ini.

T. ANANDA KRISHNAN
Taikun Tlekomunikasi
Aset: RM8.7 Bilion


Seorang penyendiri, T. Ananda Krishnan berharap untuk menjadikan Maxis, pengendali telefon selular terbesar Malaysia, sebagai sebahagian konglomerat multimedia elit. Sebagai tambahan kepada Maxis yang dimulakannya bersama AT & T dan British Telecom pada tahun 1995. Krishnan memiliki sistem satelit Malaysia pertama dan koleksi filem berbahasa cina terbesar di dunia pada April 2001 dia membeli semua saham AT & T dan BT dalam Maxis. Dengan 1.7 juta pelanggan Maxis kini menguasai 30% pasaran telefon selular tempatan. Ananda mempunyai rekod yang baik untuk mengharapkan kejayaan yang lebih besar. Dialah pemaju KLCC dengan Menara berkembar Petronas, bangunan yang paling tinggi di dunia, dan ketika diduduki semasa krisis kewangan 1997 ia hampir habis disewa. Empat tahun berikutnya keadaan ekonomi yang terus merundum, tetapi paras penghuniaan masih sekitar 75 hingga 80 peratus. Pada tahun 2000, dia menjual 10% saham Measat 1, satelit sulong Malaysia, kepada Microsft. Ananda memperoleh semula AS $300 Juta pelaburan awalnya.

Urusniaga itu menampakkan kepintarannya. Ananda juga bernasib baik Tanjong, sebuah syarikat senaraian awam, berjaya mengendalikan salah satu daripada tiga loteri kebangsaan walaupun majoriti penduduk Malaysia beragama islam. Ananda berjaya membangunkan hubungan perniagaannya dan dia adalah rakan kepada bekas perdana menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad sejak dia menjaga anak Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad yang belajar di Amerika Syarikat. Ananda lulus dari sekolah perniagaan Harvard dan salah seorang pencipta kekayaan yang paling berjaya di Malaysia. Dia juga terdidik di Australia membuat duit pada tahun 1980an sebagai pedagang minyak. Dia adalah enikma iaitu kawan rapat kepada Dr Mahathir dan Tengku Razaliegh Hamzah walaupun ketika kedua-dua tokoh itu mempunyai perseteruan politik yang membawa pepecahan UMNO. Dari minyak, dia melangkah ke studio kartun Hollywood dan loteri di Malaysia. Pada awal 1990an, dia mula membina empayar multimedia yang sekarang meliputi Astro (rangkaian TV berbayar), Maxis dan Measat. Dia juga mempunyai saham dalam TVB.Com, cabang interaktif, stesyen penyiar utama, Hong kong dan ShowBrother, arkib filem.


ROBERT KUOK
Raja Gula
Aset RM8.0 bilion.

Namanya memang tidak asing lagi. Ramai yang pernah mendapat biasiswa daripada Yayasan Kuok dan ramai yang mengenali Shangri-La iaitu hotel ternama milik keluarganya. Robert, anak kelahiran Johor yang menjadi Jurutera Empayar Kuok, di anggap satu lagenda ni negara ini kerana perniagaan yang dikendalikannya di katakan contoh klasik sebuah perniagaan keluarga cina. Kuok dilahirkan pada tahun 1923 telah memulakan perniagaan bersama abangnya dengan semangat industri keluarga menjadi kuasa pemacu. Kedua-dua beradik itu kemudiannya telah memasuki industri gula menerusi Perlis Plantations. Pada satu ketika, Robert telah menguasai 10% bekalan gula di dunia telah melakukan urusniaga di hotel di London hingga rakan-rakan seperniagaanya mengelarkan dirinya sebagai ”Raja Gula”.

Hong Kong adalah pusat operasinya sekarang tetapi Robert menjadi sebutan ramai di Malaysia. Barangkali disebabkan latar belakang Robert sendiri iaitu bapanya, Kuok Keng Kang lebih rapat dengan komoniti Melayu berbanding Cina. Bapanya datang dari wilayah Fujian, China pada 1909 dan kemudian beliau telah menubuhkan syarikat Tong Seng & Co. Beliau mempunyai reputasi sebagai pengedar beras tepung dan gula di Malaysia setelah mendapat lesen perniagaan daripada Sultan Johor. Beliau juga telah membuang ketagihan ganja dengan bantuan kawan-kawan melayunya. Malahan beliau juga telah membawa rakan-rakannya itu melawat Eropah pada tahun 1928. Semasa hidupnya beliau percaya bahawa anak-anaknya mesti mendapat pendidikan Inggeris yang terbaik di sebabkan itu semua anaknya dihantar ke Raffles Institution di Singapura. Beliau juga memastikan anak-anaknya agar menghargai hubungan rapat dengan orang Melayu dan dalam masa yang sama juga harus tahu menyesuaikan diri sebagai ahli perniagaan pendatang.

Ketika di sekolah, Robert menjalinkan persahabatan dengan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri kedua dan ketiga Malaysia. Hubungan rapat beliau dengan pemimpin-pemimpin negara dapat dilihat melalui perlantikan berprofil tinggi sebagai CEO Penerbangan Malaysia – Singapura, MISC dan Bank Bumiputra. Robert membuat keputusan yang berani dan dia kekal di Malaysia semasa rusuhan kaum 1969 yang menyaksikan ramai ahli perniagaan meninggalkan Malaysia. Walaupun demikian dia juga terus melabur di Filipina walaupun rejim Marcos jatuh pada 1986. Dia telah mendirikan Hotel Shangri-La di Manila, iaitu hotel pertama yang dibina dalam tempoh 20 tahun. Maka dengan itu sehingga hari ini, empayar perniagaan Kuok dianggap satu contoh klasik perniagaaan keluarga cina.


LIM GOH TONG
Tuan Punya Genting Highlands
Aset: RM5.1 bilion

Segalanya bermula pada tahun 1964 apabila Tan Sri Lim Goh Tong menjadi subkontraktor dalam projek empangan hidrolektrik di Genting Highlands. Malaysia adalah sebuah Negara tropika dan bercuaca panas sepanjang tahun. Fikir Lim, orang ramai boleh menikmati suasama dingin di Cameron Highlands tetapi ia agak jauh dari Kuala Lumpur dan mereka terpaksa memandu hingga lima jam melalui jalan sempit dan berliku untuk sampai ke sana. Pencarian Lim pun bermula iaitu satu-satunya tempat yang difikirkannya itu adalah kawasan berbukit sekitar Betong di timur Kuala Lumpur. Setelah Lim meneliti beberapa kali peta daerah Bentong, dia mendapati kawasan antara Genting Sempah ke puncak Gunung Ulu Kali yang difikirkannya sesuai untuk pembangunan resort. Terletak 1,800 meter dari aras laut, gunung itu yang terletak di sempada Selangor dan Paahang hanya 58 kilometer dari Kuala Lumpur.

Menurut Lim, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman memberitahunya bahawa kerajaan memang bercadang membangunkan Gunung Ulu kali tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan masa dan wang selain masalah politik. Lim beruntung kerana berjaya mendekati Tunku pada masa yang sesuai. Pada 27 April 1965, Lim bersama Tan Sri Mohd Noah Omar iaitu orang memperkenalkannya kepada Tunku menubuhkan Genting Highlands Sdn Bhd. Antara 1965 hingga 1970, mereka memohon daripada kerajaan negeri Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar tanah pegangan bebas. Tetapi jalan ke puncak perlu dibina terlebih dahulu. Menurut Lim, pembinaan jalan masuk adalah begitu kritikal. Jika gagal beramakna projeknya akan terkubur. Ketika dalam pembinaan, dia berjaya pula mendapat projek skim pengairan kemubu di Kelantan yang tendernya telah dihantar lebih awal. Lim terpaksa menyedia dua projek sekaligus dan berulang alik antara Kuala Lumpur dan Kelantan hingga tidak ada masa untuk berehat walaupun pada hari Ahad dan cuti umum.

Cadangan Genting asalnya hanya sebuah Resort tetapi kerajaan telah memberi lesen kasino bagi menggalakkan lebih ramai pelancong datang ke tempat yang jauh ke dalam hutan itu. Genting hari ini mempunyai 8 buah hotel bertaraf antarabangsa dengan lebih 10,000 bilik. Pada tahun 2000 sahaja, 12 juta pelancong berkunjung ke bukit peranginan itu.

No comments: