Cant find it?Try Searching the entire web with:

Google

Thursday, March 29, 2007

Galeri Petua Mahaguru Pelaburan

Wujudnya GALERI PETUA MAHAGURU PELABURAN ini adalah untuk menyokong lagi kepada sesiapa yang membuat perniagaan mengenai pelaburan. saya akan sentiasa mengemaskini tentang Dunia Perniagaan Pelaburan.

Pelaburan, sebagai alternatif, anda boleh menjadi jutawan melalui pelaburan. Jika tahu menganalisis pasaran saham seperti yang dilakukan oleh John Maynard Keynes, Benjamin Graham dan Wommack, petuanya, anda harus mengetahui bilakah masa terbaik untuk membeli atau menjual saham. John Maynard Keynes, misalnya, adalah seorang tokoh ekonomi yang berjaya dan dikenali ramai pada abad ke-20. Sehingga kini sesetenagah teorinya masih digunakan sebagai dasar ekonomi negara mden. Nama Keynes melonjak naik apabila berjaya menguruskan dana pelaburan di Cambridge yang meningkat 10 kali ganda, daripada 30,000 kepada 380,000 pound sterling dalam tempoh 10 tahun.

Sebelum Pelaburan, dia sebenarnya merupakan jutawan sebelum Perang Dunia Kedua dan terkenal sebagai penyelidik pasaran saham yang agak malas. Keynes cuba menghabiskan masa setengah jam untuk membaca laporan urusniaga saham di suratkhabar. Selepas itu dia akan menelefon broker dan memberi arahan saham-saham yang ingin dibeli. Bagi Keynes terdapat dua kaedah yang boleh dipegang jika seseorang ingin bermain saham. Pertama, pelabur harus membuat penelitian atau kajian semua maklimat berkenaan syarikat dan membuat ramalan masa depan syarikat. Namun dia tidak gemarkan cara tersebut kerana ia memerlikan ketelitian dan kesabaran. Keynes sebaliknya percaya kepada kaedah kedua iaitu pelabur perlu meramalkan apa yang difikirkan oleh pebur lain tentang pergerakan saham kepada masa akan datang. Dalam kata yang lain mengkaji gelagat pemain-pemain saham dalam pasaran saham.

Berbeza dengan Keynes, Benjamin Graham pula langsung tidak mempercayai nasihat yang diberi oleh broker saham yang disiarkan di dalam akhbar. Dia yang mengajar subjek Analisis Sekuriti di University Colombia berpendapat pelaburan saham memerlukan kesabaran dan kerja kuat. Baginya, pelaburan saham membabitkan risiko tinggi. Jadi apa yang penting ialah memastikan anda tidak kehilangan wang. Graham menjelaskan mendapat sedikit keuntungan sudah memadai kerana dalam jangka masa panjang wang yang diperolehi tadi akan berganda-ganda. Paling utama ia harus konsisten. Selain itu masa terbaik untuk menjual saham adalah sewaktu anda dalam keadaan optimistik dan membeli semula apabila berasa pesimistik. Katanya anda patut membeli atau menjual saham mengikut syarat-syarat sendiri bukan mengikut pasaran. Prinsip Graham terbukti tepat kerana sewaktu bersara dia mempunyai sebuah syarikat pelaburan saham.

Wommack menjelaskan anda perlu memerhatikan bilakah masa yang terbaik untuk memasuki pasaran. Dia membeli saham apabila orang ramai tidak berminatyang mana kebanyakan saham diletakkan pada harga yang rendah. Setelah dua atau tiga tahun kemudian apabila ramai yang menunjukkan minat, inilah masa terbaik untuk anda menjualnya. Jika teknik yang mudah ini diamalkan, anda boleh mendapat keuntungan yang lebih tinggi berbanding pelabur-pelabur yang aktif di pasaran.

Galeri Tips Menjadi Kaya/Jutawan Di Malaysia

Munculnya GALERI TIPS MENJADI KAYA/JUTAWAN DI MALAYSIA ini adalah untuk memberi anda pandangan dan pengetahuan tentang Pelaburan masa kini. Saya akan sentiasa updatekan galeri ini.

1. Jika anda bekerja di syarikat swasta dengan gaji RM2,500, simpanlah 21 peratus atau RM532.00 sebulan dalam bank yang memberi faedah, katakan 1 peratus sebulan, 25 tahun kemudian, wang anda menjadi RM1 JUTA dan mungkin lebih.

2.Jika usia anda telah mencecah 40-an dan mempunyai wang simpanan RM100,000.00 anda boleh membeli tanah seluas 6 ekar di kawasan berpotensi di luar kawasan Kuala Lumpur. Lima tahun kemudian, nilainya mungkin meningkat kepada RM200,000.00.

3.Jika anda pelabur ayang bijak, melaburlah dalam pasaran saham kerana ia ibarat lombong emas. Nilai dagangan harian di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) melebihi RM200 JUTA. Belilah saham berharga murah tetapi berpotensi untuk naik.

4.Kebanyakan orang yang sudah kaya merupakan bos kepada diri sendiri. Bukalah perniagaan yang berdaya maju. Hadis riwayat Bukhari ada menyebut, sembilan persepuluh daripada rezeki berpunca daripada perniagaan.

5.Tahu berniaga sahaja tidak cukup. Anda mesti mempunyai kenalan yang ramai, dari rang perbankan untuk mudah mendapat pinjaman. Ahli politik untuk memperolehi political rewards dan para usahawan untuk mewujudakan rangkaian perniagaan.

6.Pelajarilah cara orang cina berniaga. Di malaysia, etnik cina mewakili 30 peratus penduduk tetapi menguasai lebih 50 peratus ekonomi negara.

7.Sejak liberalisasi perdagangan diperkenalkan, peluang membuat wng tidak terikat dalam negara sahaja. Hasilkan barangan bermutu yang boleh dieksport. Di Malaysia hanya ada 26 juta pelanggan tetapi apabila AFTA dimulakan pada 2005, jumlahnya melebihi 500 juta!

8.Orang selalu berfikir memasuki politik adalah platform mudah untuk menjadi kaya. Itu silap. Dalam politik Malaysia lebih ramai orang melayu yang sudah kaya menyertai bidang itu. Tetapi ada juga kes dimana orang yang kaya bertambah kaya selepas menjadi ahli politik tertentu.

9.Sertai aktiviti pemasaran multilevel (MLM) jualan langsung. Sebagai ganti menghabisakan banyak masa menjual produk, anda boleh menjual program untuk menjual produk.Konsep ini memerlukan masa yang lama kerana anda hanya perlu mencari seramai mungkin ahli untuk menjadi agen dan seterusnya mengumpul kekayaan daripada komisyen. Ia lebih berkonsep piramid – semakin anda di atas semakin banyak wang yang dikumpulkan.

10.Jangan bazirkan wang dengan gaya hidup yang diluar kemampuan.

Galeri Senarai Manusia Terkaya DI Asia

Galeri SENARAI MANUSIA TERKAYA DI ASIA ini, menunjukkan sumber kekayaan, nilai bersih dalam billion dolar AS. Inilah senarai Jutawan yang paling top di Asia.

LI KA-SHING (HONG KONG)
Mempunyai perniagaan pelbagai. Kekayaan yang dimiliki sebanyak AS$7.8 BILION.

NOBUTADA SAJI, FAMILI (JEPUN)
Mempunyai perniagaan minuman, kekayaan yang dimiliki sebanyak AS$7.1 BILION.

WALTER, THOMAS, RAYMOND KWOK (HONG KONG)
Mempunyai perniagaan hartanah, kekayaan yang dimiliki AS$6.6 BILION.

AZIM PREMJI (INDIA)
Mempunyai perniagaan perisian, kekayaan yang dimiliki AS$5.9BILION.

YASUO TAKEI, FAMILI (JEPUN)
Mempunyai perniagaan kredit, kekayaan yang dimiliki AS$5.0BILION.

EITARO ITOYAMA (JEPUN)
Mempunyai perniagaan padang golf, kekayaan yang dimiliki AS$4.1BILION.

FUKUZO IWASAKI (JEPUN)
Mempunyai perniagaan hartanah, kekayaan yang dimiliki AS$4.1BILION.

AKIRA MORI (JEPUN)
Mempunyai perniagaan hartanah, kekayaan yang dimiliki AS$4.1BILION.

LEE SHAU KEE (HONG KONG)
Mempunyai perniagaan hartanah, kekayaan yang dimiliki AS$3.7BILION.

TSAI WAN LIN, FAMILI (TAIWAN)
Mempunyai perniagaan insurans, kekayaan yang dimiliki AS$3.7 BILION.